Sunday, October 16, 2011

kebaikan dan keburukan kokurikulum

 Kokurikulum membawa erti kegiatan yang berada di luar darjah dan selalunya diadakan di luar waktu sekolah. Kegiatan kokurikulum dibagikan kepada tiga bahagian, iaitu unit berunitform,sukan dan kelab. Namum begitu, apakah kebaikan dan keburukan kokurikulum? Di perenggan selanjutnya akan saya nyatakan kebaikan dan keburukan kokurikulum.

Kegiatan kokurikulum boleh membentuk moral yang baik. Ia juga boleh mendisiplinkan para pelajar. Contohnya, unit berunitform mereka mengetatkan peraturan supaya para pelajar dilatih untuk berdisiplin, berana dan tegas. Hukuman berat akan dijatuhkan kepada pelajar yang melanggar peraturan kokurikulum.

Selanjutnya, kegiatan ini boleh mengeratkan hubungan silaturahim.Mereka dapat memahami perasaan kawan-kawan yang lain. Contohnya, jika seseorang pelajar menghadapi masalah keluarga, dia akan berbincang dengan rakan-rakan di kelab yang sama. Kegiatan kokurikulum ini juga mengajar kita supaya hidup bermasyarakat dan bukan hidup bersendirian. Setiap insan perlu pertolongan daripada sesama manusia.

Selain daripada itu, kegiatan ini dapat mencungkil bakat para pelajar. Contohnya, seseorang pelajar mempunyai bakat. Dia mahu menunjukkan bakatnya di hadapan masyarakat. Kegiatan ini boleh meningkat mutu seseorang yang mempunyai bakat. Seseorang itu akan meningkatkan ilmu pengetahuannya seperti menari, bersukan dan sebagainya.Bakat adalah anugerah daripada Tuhan.

Seterunya, para pelajar dapat mempelajari ilmu baru seperti mengetahui proses alat bantu pernafasan. Pelajar itu akan diajar bagaimana cara menggunakan alat itu. Contohnya, seseorang pelajar itu boleh menyelamatkan nyawa orang lain daripada mati lemas jika dia tahu menggunakan alat pernafasan.

Setiap kebaikan pasti ada keburukannya. Para pelajar boleh mengalami tekanan jiwa, jika pelajar itu banyak meluangkan masanya terhadap kegiatan kokurikulum. Pelajar itu tidak ada masa untuk belajar. Mungkin dia tidak dapat menumpukan pelajar yang sedang diajar di waktu kelas. Dia berasa letih dan penat dan sukar untuk memahami apa yang guru mengajar di sekolah.

Selain daripada itu, pelajar itu boleh menipu ibu bapanya dengan alasan. Mereka akan menyalahgunakan kegiatan kokurikulum untuk kepentingan sendiri. Ada di antara pelajar tidak kegiatan kokurikulum. Malah, mereka menggunakan kesempatan ini unutk melencong ke tempat lain. Ini merupakan salah satu teknik yang sering dipraktikkan oleh para pelajar.

Selanjutnya, ada di kalangan pelajar mengutamakan kegiatan kokurikulum daripada pelajaran di sekolah. Pada pendapat mereka, kegiatan kokurikulum lebih penting daripada pelajaran di sekolah. Mereka tidak menyedari bahawa kegiatan kokurikulum adalah kegiatan yang diadakan di sekolah sebagai kegiatan tambahan. Oleh itu, pelajaran sekolah adalah lebih penting daripada kegiatan kokurikulum. Ada yang di kalangan pelajaran yang lemah dalam pelajaran sekolah dan berjaya dalam kegiatan kokurikulum.

Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum mempunyai tujuan yang baik. Walaupun demikian, kegiatan kokurikulum ini akan mendatangkan keburukan jika ia disalahgunakan. Masalah ini tidak akan timbul jika kita bekerjasama menjalankan tugas dengan baik..............